Tajuk hari ini membincangkan kecelaruan di dalam kepala yang sudah lama cuba mengubah tetapi mana boleh kita nak ubah orang woi?! Its difficult to done... Sebenarnya aku nak g mandi ni, ada orang plak dalam bilik air. Biarlah dulu... blogging jap lor. Sebelum memulakan gossip/cerita, izinkan aku nak sorak dulu.
ARSENAL 4 - 1 WOLVES
Haha! Puas hati dengan kedudukan Arsenal pada tangga kedua liga premier. Dan game malam ni, doakan kekalahan Man. Utd yang bongkak gila babi! Biar Chelsea dok atas daripada Man. Utd dok atas liga. Kalau x, berlagak nak mampus fans dia. Hahaha! Tak suka? Tak suka boleh blah dari page aku. :p
Lelaki dan wanita memang jauh berbeza, dari segi fizikal of coz la, mentaliti pun lain. Yang pondan mandan pengkid sakit tu lain cerita, tu tolak ketepi. Apa yang aku nak bandingkan di sini, ialah sifat lelaki dan wanita ini amatlah jauh sekali bezanya. Berapa kali nak cakap beza daa? Straight to the ampang point! Kenapa ada sesetengah lelaki itu berasa senang sekali duduk kat suasana yang tidak kemas, bersepah-sepah manakala wanita pula tak senang duduk kalau mereka melihat sesuatu yang tidak kena pada keadaan sekeliling, contohnya sinki penuh dengan pinggan mangkuk hayun yang kotor, bingkas bangun untuk membersihkannya dan ini kita dapat lihat apabila berada di kampung? yang mana si ibu/kakak bangun awal pagi mengemas rumah, basuh pakaian dan memacam lagi kan?
Wujud tak lelaki yang menyamai wanita seperti itu? Percentagenya adalah kecil sekali.. jarang kita jumpa walaupun lelaki itu pondan sekali pun. Ada juga wanita yang bersifat pengotor, itu kaum Hawa sendirilah tahu siapa yang dimaksudkan. Kalaulah kesemua lelaki mementingkan kebersihan, sudah tentu wanita pun suka akan lelaki. Sama-sama menjaga kebersihan, kan elok? Orang lain pun rasa selesa nak duduk kat rumah, senang nak berdamping dengan rakan-rakan serumah atau anak bini. Pernah dengar suami isteri bercerai sebab suaminya bersifat pengotor? Haha! Aku belum jumpa lagi kes seperti itu.
Bagi aku, seronok per jaga kebersihan terutamanya weekend, bangun awal pagi then kemas-kemas bilik, basuh baju, cuci bekas itu ini, bersihkan bilik mandi ke, sapu bilik, buang sampah semua tu. Seronok per, sebab apa aku kata ianya menyeronokkan, bila bilik/rumah dah kemas secara automatisnya kita sendiri akan rasa puasss hati sangat-sangat. Mana taknya? Kita kemas ikut cara kita, selagi benda tu tak kemas selagi itu kita cuba kemaskan sampai puas hati sampai berpeluh-peluh. Bukankah itu bagus? Lagi bagus kalau mereka yang mempunyai rumah sendiri, sampai ke halaman rumah pun kena bersihkan. Bersenam sambil mengemas, bakar kalori, bakar lemak dan kurangkan stress otak kita yang hari-hari kena tala kena perah kat office. Bukan takat tu jer, tengah khusyuk-khusyuk mengemas ni kekadang kita akan selongkar balik box-box lama ke, belek-belek bawah katil ke, almari ke sure kita akan terjumpa duit syilling merata-rata.
Kadang-kadang, berkemungkinan juga kita akan terjumpa barang-barang yang dulunya hilang dan kini terjumpa pulak? Lagi-lagilah kalau terjumpa barang-barang yang mengingatkan kita pada kenangan yang lalu, pasti kita akan terhenti sebentar daripada mengemas dan ..... hehehehe! sendiri la tahu apa yang berlaku seterusnya. So, salahkah lelaki mencontohi sifat terbaik wanita? Apa yang nak dimalukan? Kalau lelaki sendiri membangkang apa yang saya katakan ini, bermakna lelaki sebenarnya masih tidak dapat menandingi wanita.









